Friday, February 27, 2009

UTOPIA TRAUMA

" .........Igauan-igaun indah enak mentertawakan mimpi, pada hidup yang ngeri sentiasalah menanti"
-dari filem KAMI sajak TIDUR by Rahmat Harun.




Macam mana aku kenal buku ini?? sebenarnya, aku tak lah minta sangat dengan puisi-puisi ini..tapi menerusi filem KAMI, aku makin tertarik untuk membaca puisi2 dari karangan rahmat Harun ini... cuba cari tapi gagal...mungin aku kena keluar cari...kenapa aku makin suka buku ni? ni sebenarnya bila aku tension dan bosan, filem KAMI akan menjadi sumber inspirasi aku.. lagi2 watak ABU dan ALI yang aku sangat suka...slamba dan bersahaja... ni bukan review untuk filem KAMI tapi hanya tahu SIAPA DAH BACA BUKU INI??????



TULISAN BELAKANG.
Rahmat Harun seorang anak muda yang giat menulis puisi dan membuat lakaran serta sketsa. Juga merupakan seorang aktivis teater dan mempunyai pendirian yang tersendiri. Banyak bergaul dengan anak-anak muda yang peka terhadap lingkaran sosial masyarakatnya. Rahmat dalam usia yang muda telah menjelajah timur dan barat.

Utopia Trauma merupakan kumpulan puisinya yang pertama.

Kandungan
  • khayal
  • tamadun
  • tidur
  • utopia trauma
  • ilustrasi i
  • balada jantan gagal
  • sajak bunga kental
  • ilustrasi ii
  • laloq mat solo
  • balada rabak balut
  • ilustrasi iii
  • talqin buat mat bunga @ mat kental
  • rebecca, kita tak pernah bercinta
  • hanya tinggal parut
  • ilustrasi iv
  • hitch hike
  • eraserhead
  • mayo
  • ilustrasi v
  • isim tiga musim
  • isim
  • doa selamat
  • obserbasi
  • ilustrasi vi
  • protes
  • taman tergantung bangsa
  • talqin (3) - hutang yang tak berbayar
  • ilustrasi vii

Tuesday, February 17, 2009

LAMA RASANYER TAK TULIS BLOG!!

Kepada semua rakan-rakan yang pernah singgah blog ini atau pun saja2 nak usha..
aku minta maaf kerana lama tak update blo dan tak banyak isu yang aku kupas.. sebenarnya aku ini kurang nak serve internet atau malas nak menulis..bagi aku, daripada aku menulis di blog...banyak lagi assignment yang aku perlu siapkan...actually blog ini satu skill dimana orang ramai boleh share dan meng"IMPROVE'kan tulisan mereka....(ni pun perminta bcuk..dia ada kat sebelah ni sambil senyum...motif ketawakan) tapi ini lah hakikat...bila aku rasa nak tulis...aku akan tulis...aku tak dilahirkan untuk menulis yang begitu banyak dan menceritakan perasaan aku...aku leboh tertarik untuk berdiam diri dan hanya masa yang menentukan....dengan adanya blog ini...macam2 information yang aku dapat..kadang-kadang orang-orang yang buat blog ini aku jadikan sumber untuk aku membuat assignment....aku tak tipu coz aku nyer keje banyak rujukan dari sumber-sumber macam ini..... untuk sem 2 ini aku punya jam kreadit 21 satu..bila dipikirkan balik actually banyak siot...dari diploma sampai sem lepas, aku punya jam creadit hanya 15 sehingga ke 18 sahaja...tapi biler masuk sem ini...21 jam kredit aku kena amik...tu yang dok pikier....Ya Allah..banyak sangat nak tanggung..satu reason aku...takut drop pointer...dua mesti banyak assignment dan tiga......aku ada 5 subjek yang 3 jam kredit(mampus)....yang sham ni boleh layan tgk slumdog millionaire..best gak..tapi aku pun tak dapat tgk....bz la katakan...ermmmmmm so rakan-rakan..pas ni if aku tak dapat tulis blog....hope-hope korg paham atau tak yah paham pun....hehehehehehehhehe

* ini pun tgh online cz tension sangat buat assginment..dah lah esk present BEL..jgn nagis macam aritu sudah..tapi bb aku bagi tips..wawawawawa...seeeee YAaaaaa

Sunday, January 11, 2009

CONGRATE TO ASC

aku rasa sempat lagi untuk aku ucapkan tahniah pada abg syali danASC kerana berjaya mementaskan teater BERANI MATI...walaupun secara rawaknyer aku menjadi krew biasa namun ia satu pengalaman baru kerana ahli yang terlibat adalah berlainan daripada produksi wajah lumpur....TAHNIAH sekali lagi..!!!
KEKALAHAN PALING CELAKA ADALAH BERPUTUS ASA....
KEMENAGAN PALING BERHARGA APABILA DIMULAKAN!!!

Rock On ASC...

Wednesday, December 31, 2008

TERIMA KASIH MAMA

Terima kasih mama kerana berkesempatan melihat dan membaca tulisan ku...hanya titisan air mata iringi ketika aku membaca...itu la anim a.k.a anak bongsu mama....huhuhu
SAYANG SANGAT MAMA!!!

Monday, December 29, 2008

Buat anak bongsu mama...
Hari ini mama baru berkesempatan untuk melihat blog anim..
Terima kasih mahu tulis cerita tentang mama..malu juga rasanya kalau kita tak pandai itu tak pandai ini...eeeeee..
apa pun yang kita lakukan..kita kena belajar dari peringkat permulaan...tiap dugaan dan musibah yang datang adalah anugerah dari Allah...
Bukan mudah mama motivasi diri untuk menghadapi dugaan yang datang bagai ribut..apalagi menghadapi anak-anak yang dibesarkan dengan kemewahan....
Namun mama bersyukur....Berkat tunjuk ajar..didikan anak-anak mama memahami cabaran yang terpaksa ditempuh bila ayah kalian kehilangan pendapatan...dan masa depan yang akan bergantung dengan tongkat....
Apa pun..bersyukur lah sayang...kalau kita fikir kita susah ..ada orang yang lebih susah dari kita...Mama akan terus bekalkan kalian dengan kemewahan jenamanya bernama kasih sayang ..\
Apa yang mama lakukan..walau perit untuk diterima..itu harga kasih sayang yang tiada nilainya
untuk melihat anak-anak mama berjaya didunia dan diakhirat..
Memang mama keletihan mengharung hidup seorang diri...namun jiwa mama kental..
tidak akan menyerah kalah... kerana apa yang mama buat mama merasa satu kepuasan dan keredaan disisi Tuhan..menjalan tanggung jawab sebagai Hamba Allah..isteri..ibu...dan jururawat yang tidak terlatih...
mama teringat satu lagu yang pernah mama berikan pada baba dulu...

Kau syurga ku didunia ini...

dan anak-anak nafas mama untuk terus membilang hari..meniti masa kesemasa..
bersama rindu dihati..
Belajar lah sayang..belajar lah menjalan kehidupan yang berwarna ini..
kerna pelangi senja pasti akan setia menanti sebuah kehidupan yang penuh tanda tanya..

sayang dari
mama
putrajaya

Tuesday, October 21, 2008

sound direct @ cakap-cakap belakang????

pilihan-pilihan kalian.........
mana anda lebih gemar? sound direct a.k.a kene setepek? atau cakap-cakap belakang?...
hidup ini mana yang tak ada cakap belakang...semua manusia akan ngata belakang.....jika tak puas hati dengan seseorang jer, mula lah bercakap-cakap belakang....dapat tau orang tu cakap belakang, mula lah nak mara, nak bergaduh, sakit hati, geram....tapi bagaimana mula dengan orang yang sound depan-depan? rasa malu, nak marah gak, tak puas hati, ahhh semua lah...ELLO, inikan hukum dunia yang dah jadi lumrah...ada benda yang kita cakap belakang dan ada juga kita kene cakap depan-depan....manusia semua tak PERFECT...kalian tak puas hati dengan rakan yang cakap belakang, tapi bila rakan dah mula mulut leser cakap depan kena pulak setepek, pun kalaian marah???
maka pilihan ditangan anda...jika kalian kenal rakan anda, anda tahu dimana untuk bercakap.....semua manusia sama...ko ngumpat pun dah kira cakap belakang....sama jer....tak nyah nak tunjuk jari yang ko tu bagus...apa fungsi CERMIN......KAN?

Monday, October 20, 2008

TAHNIAH SHOWCASE KALI INI...


Tidak terlambat aku ucapkan tahniah kepada REKAYASA...tugasan yang sempurna bagi aku...walaupun aku tak pernah tengok latihan dan perjalanan pengurusan mereka, tapi bagi aku ianya berjaya dengan rintangan yang mereka hadapi... setiap showcase yang dilalui penuh rintangan..begitu juga BAHTERACARA...selamat berjaya kepada mereka!!! tentang show aku tak mau komen...sudah memadai mereka menjalankan tugasan dengan baik... TAHNIAH kepada kalian!!!! sedikit sebanyak, showcase sebenarnya menghimpunkan semua budak2 kita dan rasa sungguh seronok....tak sabar tunggu showcase untuk sem depan...CONGRATE to REKAYASA and GOOD LUCK for AKARTISTIK......


Muaaaaah!!!
gambar g tengok showcase..