Monday, September 15, 2008

Lawak ( episode 2)

Rajin ke Kubur
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak adasiapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnyasebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliautelah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehinggarumput di kuburnya tumbuh dahulu."" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

LawaK (Episode 1)

Lawak Budi Bahasa LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,
"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

wakakakak..citer ini dah laamer pun!!!


Monday, September 8, 2008

BAHASA JEPUN YANG BEST-episod satu

Jikoshoukai (memperkenalkan diri)

Noriko : Konnichiwa (Selamat Petang)
Abu : Konnichiwa (selamat petang)
Abu : Hajimemashite (Apa khabar)
Noriko : Hajimemashite, dozo yurushiku( Khabar baik, nice to meet you)
Abu : Dozo, osuwari kudasai ( Sila duduk.)
Noriko : Arigatogozaimasu (Terima kasih.)
Abu : Onamaewa nan desu ka? (Siapakah nama Cik)
Noriko : Watashino namaewa Noriko desu. (Nama saya Noriko.)
Abu : Go shusshin wa dochira desuka?( Cik berasal dari mana?)
Noriko : Watashiwa Kuala rumpuru shusshin desu. (Saya berasal dari kuala lumpur.)
Abu : Ima dochira ni sundeimasuka? (Sekarang cik tinggal di mana?)
Noriko : gombak ni sundeimasu. ( Saya tinggal di gombak.)