Monday, September 15, 2008

Lawak ( episode 2)

Rajin ke Kubur
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak adasiapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnyasebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliautelah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehinggarumput di kuburnya tumbuh dahulu."" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

No comments: