Tuesday, October 21, 2008

sound direct @ cakap-cakap belakang????

pilihan-pilihan kalian.........
mana anda lebih gemar? sound direct a.k.a kene setepek? atau cakap-cakap belakang?...
hidup ini mana yang tak ada cakap belakang...semua manusia akan ngata belakang.....jika tak puas hati dengan seseorang jer, mula lah bercakap-cakap belakang....dapat tau orang tu cakap belakang, mula lah nak mara, nak bergaduh, sakit hati, geram....tapi bagaimana mula dengan orang yang sound depan-depan? rasa malu, nak marah gak, tak puas hati, ahhh semua lah...ELLO, inikan hukum dunia yang dah jadi lumrah...ada benda yang kita cakap belakang dan ada juga kita kene cakap depan-depan....manusia semua tak PERFECT...kalian tak puas hati dengan rakan yang cakap belakang, tapi bila rakan dah mula mulut leser cakap depan kena pulak setepek, pun kalaian marah???
maka pilihan ditangan anda...jika kalian kenal rakan anda, anda tahu dimana untuk bercakap.....semua manusia sama...ko ngumpat pun dah kira cakap belakang....sama jer....tak nyah nak tunjuk jari yang ko tu bagus...apa fungsi CERMIN......KAN?

Monday, October 20, 2008

TAHNIAH SHOWCASE KALI INI...


Tidak terlambat aku ucapkan tahniah kepada REKAYASA...tugasan yang sempurna bagi aku...walaupun aku tak pernah tengok latihan dan perjalanan pengurusan mereka, tapi bagi aku ianya berjaya dengan rintangan yang mereka hadapi... setiap showcase yang dilalui penuh rintangan..begitu juga BAHTERACARA...selamat berjaya kepada mereka!!! tentang show aku tak mau komen...sudah memadai mereka menjalankan tugasan dengan baik... TAHNIAH kepada kalian!!!! sedikit sebanyak, showcase sebenarnya menghimpunkan semua budak2 kita dan rasa sungguh seronok....tak sabar tunggu showcase untuk sem depan...CONGRATE to REKAYASA and GOOD LUCK for AKARTISTIK......


Muaaaaah!!!
gambar g tengok showcase..

Ada apa dengan KENANGAN ??

Hari ini, aku bersama CINTA ku melihat sesuatu di luar jangkaan. Aku ngan CINTA melihat dunia KENANGAN yang lalu. Kenapa? dan mengapa? Yang harus dikenangkan.....ya, aku masih ingat bahawa, semua benda senang untuk dicari. Sebut sahaja lelaki?perempuan? makanan? Pakaian? Majalah? Atau keperluan yang lain..ianya semua didepan mata kalian. Namun bagaimana pula dengan kenangan? Kenangan memang sukar dilupa dan diputarkan kembali. Menurut kata AKU, kenangan adalah sesuatu perkara yang kita buat sudah lepas. Maknanya apa yang kita pernah buat dulu adalah kenangan kita. Kenangan ketika cuti bersama keluarga. Kenangan ketika sekolah. Kenangan ketika bersama budak2 BAHTERACARA dan kenangan ketika bercinta...namun kenapa kenangan yang terakhir harus diperkatakan dan perlu diingatkan? kata CINTA, cinta datang dan pergi namun kenangan sukar untuk dilupakan serta sentiasa semat dihati...TAPI bagi aku sebenarnya kenangan juga boleh dilupai. Jika aku kata bahawa kamu ingat kenangan kamu beraya ketika tahun 2006? Dengan siapa kamu keluar dating buat pertama kali dalam hidup kamu? Mesti ada yang lupa kenangan itu( melainkan if korang tulis kat mana2 atau dalam dairy...tak aci!) Begitu juga dengan kenangan cinta kalian. Sehingga mana boleh diingat?lama-kelamaan akan pergi satu persatu..jangan menyalahkan kenangan itu kerana kenangan juga membawa perkara yang indah dalam hidup kita...walaupun ada yang pahit namun yang pahit itulah selalu dingati...indah? ada apa dengan indah? Ianya dirasai sekejap dan akhirnya akan berlalu dengan kepahitan. Dan kita lupa pada kenangan pahit itu. Begitu juga dengan cinta... bagi aku, tak perlu ingatkan kenangan pahit . CINTA yang mengajar aku CINTA dan CINTA juga mengajar aku mencipta kenangan. Bukan semua kenangan yang kita ingat. Terlalu banyak perlu dingatkan dalam hidup ini. Bayangkan selama 21 tahun aku hidup bermacam-macam masalah, perkara, pelajaran, keluarga, rakan-rakan, assignment dan banyak lagi untuk dipikir. Tak akan nak ingat kenangan??? Ia datang dan pergi...CINTA perlu menolong aku supaya berusaha tingalkan kenangan... Aku dah ada CINTA...kan???? so maknanya, aku ada kenangan baru untuk aku ingat, yang lama kita lupuskan. Tapi cuba korang teka?banyak-banyak kenangan, kenangan apa yang kalian tidak boleh lupa????........iaitu bau seseorang..... Bau sahaja haruman itu kamu sudah tau siapa kenangan kamu?? Percaya atau tidak terpulang lah........
CINTA B & K

Thursday, October 16, 2008

kecewa, napa aku kecewa.. aku kecewa sangat hari ini, melihat perkara yang baik dahulunya kian berubah menjadi jahat.. rasa macam tulisan azmir, baik VS jahat...dalam dunia ini banyak manusia yang baik dan jahat...tapi bagi aku manusia yang jahat secara diam adalah manusia paling bangkai!!!!!(ya Allah geramnya...) aku sedih jika rakan-rakan aku juga turut berlaku..mula2 dah ada sorag kini tambah satu...mangsa kepada manusia yang jahat secara diam ini....kesal pun ada...bagai mana lah pasaan dorang kan....buat keje yang jahat??

kini baru aku dapat rasa, hati seorang perempuan untuk kasihi...sangat indah untuk dirasai.. cinta...apa itu cinta? adakah cinta itu sakit? adakah cinta itu nafsu?adakah cinta itu menjanjikan bahagia? adakah cinta itu sekadar tukar ganti? ah.....terpulang pada individu yang ada cinta di hati..... bagi aku cinta itu sangat bahagia jika kita memahaminya, tiada siapa yang sempurna untuk dicintai..tapi bagaimana insan yang bukan sempurna untuk bercinta kini dirampas?? bagaimana cintanya pergi begitu saja.....aku kasihan pada insan begini... terlalu kejam untuk dirasai... lagi-lagi jika cinta itu pergi tanpa sempat kita capai...(Alhamdulillah, aku bahagia bersama cinta)..........



jawapannya..tanya lah hati kalian...



kisah duka akan bersambung..
tiba-tiba dapat pangilan dari cinta..
pesanan : jangan bercinta mengikut nafsu!!!

Monday, September 15, 2008

Lawak ( episode 2)

Rajin ke Kubur
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak adasiapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnyasebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliautelah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehinggarumput di kuburnya tumbuh dahulu."" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

LawaK (Episode 1)

Lawak Budi Bahasa LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,
"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

wakakakak..citer ini dah laamer pun!!!


Monday, September 8, 2008

BAHASA JEPUN YANG BEST-episod satu

Jikoshoukai (memperkenalkan diri)

Noriko : Konnichiwa (Selamat Petang)
Abu : Konnichiwa (selamat petang)
Abu : Hajimemashite (Apa khabar)
Noriko : Hajimemashite, dozo yurushiku( Khabar baik, nice to meet you)
Abu : Dozo, osuwari kudasai ( Sila duduk.)
Noriko : Arigatogozaimasu (Terima kasih.)
Abu : Onamaewa nan desu ka? (Siapakah nama Cik)
Noriko : Watashino namaewa Noriko desu. (Nama saya Noriko.)
Abu : Go shusshin wa dochira desuka?( Cik berasal dari mana?)
Noriko : Watashiwa Kuala rumpuru shusshin desu. (Saya berasal dari kuala lumpur.)
Abu : Ima dochira ni sundeimasuka? (Sekarang cik tinggal di mana?)
Noriko : gombak ni sundeimasu. ( Saya tinggal di gombak.)