Monday, September 15, 2008

Lawak ( episode 2)

Rajin ke Kubur
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak adasiapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnyasebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliautelah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehinggarumput di kuburnya tumbuh dahulu."" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

LawaK (Episode 1)

Lawak Budi Bahasa LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,
"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

wakakakak..citer ini dah laamer pun!!!


Monday, September 8, 2008

BAHASA JEPUN YANG BEST-episod satu

Jikoshoukai (memperkenalkan diri)

Noriko : Konnichiwa (Selamat Petang)
Abu : Konnichiwa (selamat petang)
Abu : Hajimemashite (Apa khabar)
Noriko : Hajimemashite, dozo yurushiku( Khabar baik, nice to meet you)
Abu : Dozo, osuwari kudasai ( Sila duduk.)
Noriko : Arigatogozaimasu (Terima kasih.)
Abu : Onamaewa nan desu ka? (Siapakah nama Cik)
Noriko : Watashino namaewa Noriko desu. (Nama saya Noriko.)
Abu : Go shusshin wa dochira desuka?( Cik berasal dari mana?)
Noriko : Watashiwa Kuala rumpuru shusshin desu. (Saya berasal dari kuala lumpur.)
Abu : Ima dochira ni sundeimasuka? (Sekarang cik tinggal di mana?)
Noriko : gombak ni sundeimasu. ( Saya tinggal di gombak.)

Wednesday, August 27, 2008

Aisheteru B!




Mana ada majnun, kat situ ada laila.....mana ada shahjehan, kat situ ada Mumtaz....mana ada Rameo, kat situ ada julie.....MANA ADA SHAM, KAT SITU ADA ORKED laah...... (che waa...gler jiwang doh)..biasalah... orang yang kita sayang kita perlu highlight kan dalam kamus hidup kita..HISYAMUDIN AHMAD orang yang penting dalam hidup aku selepas ahli keluarga....bak kata dia orang yang sentiasa dekat dan memahami aku...dah banyak perkara yang aku lalui..masih ingat lagi dulu kat zaman stadium..sapa yang pernah rasalah kan..nasib baik aku pernah gak 1 sem kat sana...mula-mula aku naik bas ke stadium, nampak mamat sorang duduk kat skuter dia...budjet cool la...tapi bagi aku memang cool...saper g kalau bukan SHAM BP.. Mula lah bibit-bibit Cinta.................

JATUH CINTA-MATTA
pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu (SHAM)
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya.


macam tu lah pasaan aku..akhirnya perkenalan aku bermula dengan persahabatan.. selama bersahabat..tarikh 1 ogos 2005 adalah tarikh rasmi dan tarikh tu juga adalah hari yang membuatkan aku menjadi Wanita yang SHAM pilih(couple la..skung tahun baper.?)

WANITA YANG KAU PILIH-ROSSA
Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta Setia sepertiku


Bila dah macam tu..rasa gembira yang teramat...bayangkan orang yang kita suka....!!!!! rasa jadi gila jap tapi kejap jer lah... bila dah harungi hidup sama ngan dia.... banyak dugaan dan rintagan yang ada..pahit, manis, masam ermmm macam-macam lah....semua jadi satu...tapi ia tetap jadi kenangan yang terindah buat aku!! aku sedar hampir 3 tahun ni aku pernah gaduh dan bergaduh ngan SHAM pasal perihal orang ketiga tapi biasa lah tu semua dugaan dalam bercinta..kalau tak....tak ar rasa bercinta org kate....tapi aku masih setia
DIA MILIKKU-KHADEEJA

memang benar ku katakan
dia milikku
biarpun kau mengganggu dia setia padaku
sudah jangan kau mencoba untuk memiliki
kerna dia tak semudah kau sangka

Mama kata- ada jodoh ada lah...benda-benda ni semua ketentuan-NYA...tapi manusia perlu yakin dan berusaha untuk mencapainya...betul tak ANIM?---memang betui lah kan....aku tak mengharap tapi dengan ada keyakinan aku pasti.!!! Aku harapkan kebahagian yang berpanjangan..tu lah dah sayang sangat!! nak wat macam mana kan....

CINTA MU MEKAR DIHATI-MAY
Kau umpama bintang menyinari hidupkuKu
harap kau terus bersinar
Di ketika kau Perlukan aku
Sentiasa aku Ada di sisimu
Di ketika Rindu padamu
Terasa cinta Semakin dalam
Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta Selama-lamanya


...........lagu Khas untuk KITA...SHAM & ORKED


BULAN DIPAGAR BINTANG- P.RAMLEE
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi













Monday, August 11, 2008

MAMA

Setiap hamba-NYA mempunyai insan untuk disayangi dan dicintai..begitu juga aku..Menyayangi Insan yang bergelar Lelaki dan wanita..tapi jangan di salah tafsirkan perkataan wanita itu..RAHIMAH BT BAHARIM insan yang aku kagum selama 21 tahun aku dilahirkan di muka bumi ini..Tanpanya aku tidak melihat keindahan alam di bumi..MAMA insan yang penuh dengan cabaran,dugaan, rintangan dan halangan serta ujian sepanjang hidupnya...banyak untuk diperkatakan..cukuplah sekarang ini aku hanya memberitahu bahawa mama telah mengambil alih tugas seorang bapa atau AYAH...18 NOVEMBER 2007 baba kena stroke sampai skung.... allamdulliah baba makin baik dan boleh berjalan sikit-skit...
Aku kagum lihat usaha cekal mama untuk meyara kami 3 beradik yang masih belajar ke menara gading...banyak perbelanjaan yang diperlukan termasuklah medical untuk baba..aku kalau boleh tak nak susahkan mama..mana taknyer, rutin harian mama hanya bekerja menggunakan 4 tulang kerat dia..aku rasa aku sebagai anak pun tak dapat jalankan tugasan dengan baik...adat anak meminta duit dari mak..bila tak ada dia tak paham..aku pernah buat mama menagis sebab aku merajuk sebab mama tak bagi duit belanja...aku tak pernah paham keadaan mama yang tidak ada duit...bukan mama tak bagi..aku tahu niat mama untuk ajar aku belaja berjimat... nasib baik ada insn yang bernama LELAKI-HISYAMUDIN AHMAD mengajar aku supaya berjimat.. kalau tak..sampai skung aku tak nak tahu dan tak akan tahu untuk berjimat...
aku bangga dapat mama yang tak pernah erti letih dan pnat....dan aku bangga jadi anaknya..sedikit sebyk aku blaja erti kehidupan dari mama...Aku dibesarkan dengan keluarga yang sederhana..mama ada kdai kain kat ANJUNG sebg side income kami sekeluarga..nak harapkan duit gaji barapa sgt... tu kelebihan mama satu...dia minat berniaga..dari aku kecil sampai la ni, mama masih berniaga....nak modal apa lagi kalau bukan anak-anak yang tolong dan dia sanggup pinjam dari bank..tapi adat org niaga la kan..alhamdullilah, perniagaan mama makin berkembang...aku lah anaknya yang dari awal sampai skung yang tolong perniagaanya...masih igt lagi time mama nak buka kdai kena antar proposal..bygkan mama yang tak reti buat 2 page jer untuk antar ke PERBADANAN PUTRAJAYA..mana la org nak terima...aku yang tlg mama buat proposal..mama...nak gelak pun ada...mama ucp TERIMA KASIH, "mama tak tahu lah kalau anim tak de tlg mama,siapa nak tolog mama wat benda-benda ini...mama tak reti..buat malu jer"(anim nama pangilan aku kat umah)....akhirnya,mama dapat juga kdai yang dia ingin kan...anim sayang mama!!!!
aku harap kalian juga sayang akan mama kamu..berkhidmat sebgaai mana yang diperlukan untuk mereka...baygkan 9 bulan...beberapa jam utk meneran kesakitan untuk melahirkan kita....bagi aku,banyak lagi yg aku perlu tlg mama....TERIMA KASIH TAK TERHINGGA BUAT MAMA.....mama ckp.."untung anak mama belajar kat uitm dapat buat propasal".....
"Kasih mama kasih sejati, menjadi pelita dalam kegelapan, kepada mu mama aku berjanji, menjaga mu selagi hayat di badan............"
fikir-fikirkanlah.....
aku sayang mama sgt-sgt..dia segala-galanya...
5.00am - bagun pagi siapkan baba punya breakfast dan lunch..
5.30am - siapkan pakaian baba untuk baba mandi nnt..
5.55 am - mama mandi untuk bersiap ke pejabat
6.00 am - mama solat subuh meminta keberkatan dari-NYA
6.30 am - sarapan pagi bersama-sama baba dan abg.adi..
6.45 am - bertolak ke pejabat untuk punch-card.
7.00 am - hantar ang adi ke pejabat(abg aku)
7.30 am- masuk office.
12.30pm - mama lunch balik umah kejap tgk nasi baba.
1.00pm - pergi Anjunh tgk kedai kain dia.(kedai mama sendiri)
2.00pm - masuk office balik.
4.30 pm - pergi ke kedai kain tgk pekerja tutup kedai.
6.00pm- ambik abg adi kerja.
7.00 pm - masak untuk makan malam.
8.00pm- tgk berita TV3
9.00pm- Mama akan buat stok kain..(if ada)
10.00pm- mama tidur............
(RUTIN HARIAN MAMA)